26 Ogos 2017 - Pada tarikh ini aku telah mendaftarkan diri sebagai mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia. Bermacam-macam perasaan yang aku rasa ketika itu. Aku sememangnya tidak bersedia lagi untuk menempuh alam universiti ini. Mana tidaknya, bila dah masuk ke universiti, kehidupan kau akan berubah. Kau akan rasa bebas sangat. Tiada siapa pun yang nak ambil tahu pasal kau. Keluar sampai lewat malam ke, ponteng kelas ke, tak siap assignment ke.
MMM - Minggu Mesra Mahasiswa ini adalah perkara yang paling aku tunggu sejak diterima masuk ke UKM. Aku banyak buat kajian dan baca blog-blog orang yang pernah menuntut di UKM. Rata-rata berkongsi kenangan manis dan cerita positif sepanjang MMM terutama sekali 'Perang Dectar'. Aku jadi tertunggu-tunggu untuk melihat sendiri keistimewaan malam 'Perang Dectar' sehingga ada yang ingin mengulangi malam tersebut. Sepanjang MMM, alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Banyak input yang aku dapat sepanjang orientasi.
Ketika aku kongsi cerita ni, aku sedang berada di sem 2 tahun 1. Pelbagai perkara yang telah aku pelajari. Antaranya aku dapat kenal siapa kawan siapa lawan, kawan yang ada ketika susah senang, cara nak 'survive' sepanjang sem dan banyak lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan