Khamis, 31 Mei 2018

MARAK 2018

Marak merupakan program terkahir yang aku sertai bagi sem 2 tahun 1 ni. Marak atau Malam Anugerah Rahim Kajai merupakan majlis makan malam untuk semua warga kajai dan sebagai penghargaan kepada mereka yang telah membanggakan dan mengharumkan nama Kajai. Aku sebagai Ahli jawatankuasa teknikal, ditugaskan untuk menguruskan slaid pada hari kejadian.

Majlis pada malam itu berlangsung dengan penuh gilang gemilang. Dinner bertemakan Rock 90an tidaklah begitu keterlaluan dari segi pakaian dan dekorasi. VVIP yang diundang adalah VC UKM dan Datuk Yusof Haslam sebagai perasmi. Kami mengembalikan nostalgia zaman 90an dengan sedutan-sedutan daripada filem Sembilu.

Bagi mana-mana majlis makan malam, tidak sah sekiranya tiada artis jemputan untuk menghiburkan orang ramai. Kami menjemput Ameng Spring yang pernah popular satu ketika dahulu. Malam tersebut berakhir dengan flashmob oleh ajk sebagai penutup tirai. Tidak dinafikan, acara ini sangat memenatkan kerana kami membuat persediaan dari awal pagi.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan