Khamis, 31 Mei 2018

MAJORING


Minggu lepas keputusan untuk pengkhususan telah keluar. Aku mencari nama aku di senarai nama bagi calon yang layak untuk modul kewangan. Dua tiga kali aku aku tenung senarai nama tersebut. Namun tiada terselit nama aku di situ. 

Kemudian, aku melihat senarai nama bagi Sumber Manusia. Juga tiada. Akhir sekali, aku ternampak nama aku pada senarai nama bagi modul Perkhidmatan Kewangan dan Pengurusan Risiko. "Ah sudah. aku kena jual insurans lepas tamat pengajian nanti", fikir aku pada ketika itu. Aku sangat kecewa dengan keputusan pengkhususan tersebut. Aku beritahu jiran-jiran bilik bahawa aku tidak dapat modul kewangan bersama-sama mereka. 

Selepas sesi meluah perasaan, kawan aku, Aishah memberikan kata-kata semangat kepadaku. Kemudian, aku menghubungi ibu aku untuk memberitahu bahawa aku tidak dapat kos yang aku mahu. Ibu memberi cadangan untuk meneruskan kos itu. Lepas beberapa hari aku berfikir dan muhasabah diri, aku membuat keputusan untuk kekal dalam kos ini. Orang kata, tak kenal maka tak cinta. Betul ke? Selebihnya aku bergantung kepada Allah swt.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan