Program itu diadakan pada 30 Mac-1 April 2018. Kami memulakan perjalanan pada malam 29 Mac 2018. Apabila tiba di sana, aku begitu teruja melihat suasana kv tersebut serta para pelajar di sana. Sebelum ini aku menganggap bahawa pelajar yang memasuki kv ini kurang pandai dan tidak berminat untuk belajar. Namun, jangkaan aku meleset sama sekali. Apa yang aku fikir langsung tidak sama dengan apa yang aku nampak depan mata. Mereka sangat aktif, berani melontarkan idea, malah tidak berhenti untuk bertanya apa mengenai apa sahaja yang tidak difahami. Ia menunjukkan mereka sangat berminat dengan program yang dijalankan ini. Kos yang ditawarkan di sana, antaranya ialah metodologi, perakaunan, kulinari dan bakeri.
Pada hari terakhir, wakil daripada setiap kumpulan diminta untuk mempersembahkan produk yang dicipta menggunakan barang terpakai. Idea yang lontarkan adalah sangat bernas dan kreatif. Aku sangat merindui suasana tersebut. Aku rindu untuk didampingi 'adik-adik' sepanjang program berlangsung. Pengalaman manis seperti ini tidak akan aku lupakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan