Khamis, 31 Mei 2018

SAHABAT




Apa itu sahabat? Sahabat ni adalah orang yang paling rapat dengan kita selain keluarga. Sahabat ada orang yang paling dipercayai selain famili untuk kita berkongsi apa sahaja tak kira kisah suka duka, masalah atau apa sahaja. Kadang-kadang kita perlukan sahabat untuk mengisi masa lapang bersama lebih-lebih lagi bagi mereka yang tiada di samping keluarga.

Sahabat dapat didefinisikan sebagai Seorang sahabat sentiasa bersama kita sama ada kita senang mahupun susah. Mereka akan menolong kita sekiranya kita dilanda kesusahan. Jika orang yang kita panggil sahabat hanya bersama kita dikala senang dan meninggalkan kita ketika susah, maka orang itu bukanlah seorang sahabat. Sahabat adalah orang yang memahami dan sanggup berkorban untuk rakannya dalam menghadapi kesukaran atau kesenangan dalam kehidupan.

Ramai orang bertanya bagaimana untuk mencari sahabat sejati?
“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya.” 
(Hadis riwayat al-Hakim)
Kita ingin memiliki sahabat yang baik, sahabat yang sejati. Tetapi adakah diri kita sudah cukup sempurna untuk bergelar seorang sahabat yang baik? Jika persoalan itu dituju, saya akan memberikan jawapan yang saya kira agak ringkas namun padat.
Saya umpamakan seperti dalam situasi win-win. Jika saya susah, saya nak kawan berada di sisi saya. Jika saya senang, saya nak kawan berada di sisi saya. Pendek kata, susah senang bersamamesti bersama. Apabila susahnya kita, senangnya kita secara tidak langsung kita dapat mengenali hati budi antara satu sama lain.
Dalam perkenalan, saya tidak mahu fokuskan kepada berlainan jantina. Saya kira jika congakan buat berlainan jantina, mungkin ia sedikit berbeza. Dalam hadith ada menyebut yang bermaksud :
“Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya.” 
(Hadis riwayat Abu Daud)
Hadith di atas menjelaskan betapa pentingnya dalam mencari seorang sahabat. Mereka turut berperanan dalam aspek mencorak kehidupan kita. Lantaran itu, berhati-hatilah dalam soal memilih kawan. Dalam persahabatan juga, tidak kira apa jua situasi sekalipun aspek memahami dan pengorbanan perlu diterapkan.
Mungkin kadang-kadang hati ini mudah terusik,tatkala mengharap perhatian sahabat namun tidak dapat kita nikmati. Mungkin kerana sibuk atas urusan, barangkali kerana lupa seperti mana saya juga sering lupakan mereka atau mungkin kerana sudah tiba masanya untuk kita bersikap serius dalam kehidupan ini dan memandang jauh ke hadapan.
Tidak selamanya kita akan dikelilingi sahabat baik yang kita harap dapat membimbing dan mendidik diri kita ini. Ada sahaja kemungkinan Allah campakkan diri kita di atas sebuah pulau yang kontang dengan Islam dan kita tidak punya sesiapa kecuali Allah untuk membantu kita menghidupkan dakwah di bumi itu. Sudah tiba masanya kita bergantung lebih pada Allah berbanding dengan manusia.
Subhanallah, sahabat itu terlalu penting, namun tidak selamanya mereka dapat bersama kita. Sahabat boleh pergi dan berganti, namun Allah tetap di sisi.
Tetapi ingatlah, jika hari ini kita membawa haluan usah bersedih atas perpisahan ini.
Benar, setiap pertemuan itu pasti ada perpisahan, jangan salahkan pertemuan kerana tanpanya kita pasti tidak bertemu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan