Hai, harini aku nak buat post penghargaan kepada jiran-jiran aku. Jiran-jiran aku adalah pemberi dan penguat semangat aku kat UKM ni. Mereka ialah Aishah, Alia, Balqis dan Mia.
Kenapa aku cerita mengenai mereka? Aku sayang diorang sangat-sangat. Apa-apa perkara aku akan berkongsi dengan diorang. Mereka lebih memahami aku berbanding orang lain.
Dalam seminggu tu wajib untuk membuat perjumpaan di dalam 'Bilik Gerakan'. Aku yang beri gelaran tu kerana setiap kali bersembang mesti di bilik tersebut, iaitu di depan bilik aku.
Bagi aku, mereka ini ada dengan aku tidak kira susah senang. Sentiasa ringan tulang untuk membantu aku dalam apa sahaja perkara. Aku sangat menghargai pengorbanan mereka.
Akhir sekali, aku berharap mereka diberi peluang untuk menetap di Kajai semula. Alasan yang diberikan kepada mereka sehingga terpaksa dibuang kolej adalah sangat tidak masuk akal.
Khamis, 31 Mei 2018
CUTI SEMESTER
Cuti semester akan datang, aku membuat keputusan untuk mengambil 'short sem'. Hal ini demikian kerana, 'short sem' membantu pelajar supaya kurang rasa terbeban untuk menyelesaikan jam kredit citra dan subjek-subjek penting.
Dalam short sem ini, aku telah mendaftar 2 subjek. Seminggu 4 hari kuliah. Aku tak pernah lagi berpengalaman mengambil short sem ini. Tapi selepas menghadiri taklimat di fakulti tempoh hari, sedikit sebanyak input aku dapat.
Jika berkesempatan, aku ingin bekerja sambilan di sekitar UKM bagi menambah duit poket. Jika terlalu bergantung kepada duit PTPTN sahaja susah juga. Tambahan pula, aku tidak mahu menyusahkan orang tua aku untuk perbelanjaan aku di sini.
Sekian, itu sahaja untuk entri kali ini.
KAWAN ATAU KEKASIH
Untuk kamu para wanita, biasanya pernah mengalami satu masalah dimana hubungan kamu dengan sahabat akan meluntur seiring dengan kehadiran kekasih baru .. Lalu akan timbul pertanyaan, mana yang lebih penting, sahabat atau kekasih anda?
Keduanya sama pentingnya. Yang harus kamu lakukan adalah bijak membahagi masa, agar keperluan dan komunikasi tetap terjalin satu sama lain tanpa mengganggu hubungan anda berdua. Kekasih tentunya akan menjadi keutamaan bagi kamu. Namun dengan siapa kamu akan mengadu ketika kamu dan kekasihmu sedang bermasalah?
Sahabat dan kekasih tentu akan menjadi bahagian terpenting dalam hidup kamu. Kerana itu anda harus sedar dan memahami konsep kekasih dan sahabat agar kamu tetap bahagia.
1. Fasa bulan madu
Ketika dua orang bertemu dan saling tertarik, sukar rasanya untuk dipisahkan, terutama pada awal hubungan. Setiap pasangan baru akan mengalami hal yang disebut “fasa bulan madu”. Inilah saat dorongan keinginan yang kuat untuk menghabiskan setiap saat hanya berdua. Tetapi jika anda bermasalah dengan pasangan, siapa yang anda hubungi untuk meluahkan masalah dan minta pendapat? Jadi walaupun anda di fasa bulan madu dengan kekasih anda, jangan lupakan sahabat anda.
Ketika dua orang bertemu dan saling tertarik, sukar rasanya untuk dipisahkan, terutama pada awal hubungan. Setiap pasangan baru akan mengalami hal yang disebut “fasa bulan madu”. Inilah saat dorongan keinginan yang kuat untuk menghabiskan setiap saat hanya berdua. Tetapi jika anda bermasalah dengan pasangan, siapa yang anda hubungi untuk meluahkan masalah dan minta pendapat? Jadi walaupun anda di fasa bulan madu dengan kekasih anda, jangan lupakan sahabat anda.
2. Dunia tidak berputar di sekeliling anda
Menurut para ahli psikologi, saat jatuh cinta otak akan menghasilkan banyak hormon yang setara dengan menikmati kokain. Ini penjelasan ilmiah perasaan mabuk kepayang yang kamu rasakan. Satu hal yang perlu kamu ingat, tak ada satu pun orang di dunia ini yang suka diabaikan oleh orang terdekat mereka. Cuba tempatkan diri kamu diposisinya. Jadi anda perlu bijak membahagikan masa dan kalau ada nasihat dari sahabat kamu, jangan kamu endahkan atau buat tidak peduli sahaja. Pilih masa untuk hangout bersama bersama rakan-rakan atau lebih baik, dengan rakan-rakan dan juga kekasih kamu. Kenalkan pada mereka agar mereka juga tahu latar belakang beliau. Nanti yang nak pergi ke majlis perkahwinan kamu, rakan-rakan kamu juga betul tak? Hehe
Menurut para ahli psikologi, saat jatuh cinta otak akan menghasilkan banyak hormon yang setara dengan menikmati kokain. Ini penjelasan ilmiah perasaan mabuk kepayang yang kamu rasakan. Satu hal yang perlu kamu ingat, tak ada satu pun orang di dunia ini yang suka diabaikan oleh orang terdekat mereka. Cuba tempatkan diri kamu diposisinya. Jadi anda perlu bijak membahagikan masa dan kalau ada nasihat dari sahabat kamu, jangan kamu endahkan atau buat tidak peduli sahaja. Pilih masa untuk hangout bersama bersama rakan-rakan atau lebih baik, dengan rakan-rakan dan juga kekasih kamu. Kenalkan pada mereka agar mereka juga tahu latar belakang beliau. Nanti yang nak pergi ke majlis perkahwinan kamu, rakan-rakan kamu juga betul tak? Hehe
3.Pilihlah satu hari bersama
inilah masa yang tepat dan berkualiti agar hubungan persahabatan diantara kamu berdua tidak terputus. Menetapkan masa untuk hang out setiap minggu adalah cara untuk memastikan bahawa kamu tidak akan pernah kehilangan kenalan. Jika kamu dapat menghabiskan masa dengan kekasih, tentu kamu pun akan punya sedikit masa yang boleh kamu bersama sahabat kamu untuk sekadar pergi untuk makan, gosip atau bahkan bercerita tentang kebahagiaan yang sedang kamu rasakan.
inilah masa yang tepat dan berkualiti agar hubungan persahabatan diantara kamu berdua tidak terputus. Menetapkan masa untuk hang out setiap minggu adalah cara untuk memastikan bahawa kamu tidak akan pernah kehilangan kenalan. Jika kamu dapat menghabiskan masa dengan kekasih, tentu kamu pun akan punya sedikit masa yang boleh kamu bersama sahabat kamu untuk sekadar pergi untuk makan, gosip atau bahkan bercerita tentang kebahagiaan yang sedang kamu rasakan.
JUADAH BERBUKA PUASA
Cakap pasal berbuka puasa, mata daripada mengantuk mata jadi segar. Badan daripada lemah jadi kuat dan bersemangat. Itulah aku yang sememangnya mempunyai nafsu yang tinggi terhadap makanan.
Bila tiba bulan Ramadan, masuk sahaja waktu berbuka puasa, benda yang pertama sekali ialah murtabak. Tidak kisahlah murtabak ayam atau daging, asalkan murtabak.
Tapi bila di UKM ni susah nak jumpa gerai yang jual murtabak. Atau aku yang tak reti cari? Aku pun tak tahu haha.
Aku paling suka berbuka di rumah. Sebab apa? Setiap kali berbuka mesti meja makan penuh dengan juadah. Ada yang masak sendiri dan ada juga yang dibeli di bazar Ramadan.
Okay, rindu nak berbuka kat rumah pulak.
RAYA 2018
Hai Assalamualaikum. Selamat Berpuasa semua. Kali ini aku nak cakap pasal Hari Raya Aidilfitri yang akan datang.
Kamu semua sudah membuat persediaan untuk menyambut hari raya nanti ke? Aku belum membuat apa-apa persediaan pun lagi. Betul lah orang kata, semakin umur kita menginjak naik, perasaan gembira menyambut Aidilfitri tu semakin berkurang. Aku pun tidak pasti mengapa fenomena ini berlaku ke atas aku. Apa yang pasti, aku akan tertunggu-tunggu duit raya daripada saudara mara. 😂
Raya tahun ni seperti raya tahun-tahun sebelum ni. Kami sekeluarga beraya di kampung sebelah abah oleh sebab kedua-dua orang tua ibu sudah meninggal dunia. Apa yang seronok ialah berkumpul beramai-ramai dengan sanak saudara, sepupu sepapat, menonton filem bersama-sama, berkongsi cerita dan makan bersama. Tambahan pula, sepupu aku majoriti adalah perempuan. Jadi, kami semua memang sekepala dan masuk air.
Rutin aku dan para sepupu setiap malam sebelum raya adalah berkumpul di ruangan televisyen menonton filem seram sambil menunggu giliran memakai inai dan berborak kosong. Kalau gelak tu memang tak boleh cakap apa la. Kami semua memang suka borak sambil gelak.
Okay, sekarang aku jadi tak sabar untuk tunggu raya yang bakal menjelang beberapa hari sahaja lagi.
MINGGU 14
Minggu ini adalah minggu yang paling mencabar. Bukan sem ini sahaja, tetapi setiap sem. Para pelajar sibuk untuk menyiapkan tugasan, pembentangan dan membuat persediaan bagi menghadapi peperiksaan akhir semester.
Ramai yang tertekan apabila memasuki minggu ke-14, termasuklah aku. Pelbagai 'assignment' perlu disiapkan dengan kadar segera.
Aku bukanlah sengaja menyiapkan tugasan pada akhir-akhir tempoh. Akan tetapi, penglibatan dalam pelbagai aktiviti di kolej dan fakulti membuatkan aku terpaksa menyiapkannya pada akhir tempoh.
Akhir sekali, aku mengucapkan Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir Semester kepada semua yang terlibat. Semoga dapat menjawab ujian dengan tenang.
PUASA DI UKM
Ini adalah pengalaman pertama aku berpuasa di UKM. Puasa kat mana-mana pun tidak banyak beza pun. Jadi tidak menjadi masalah kepada aku untuk berpuasa haha.
Pengalaman baru bagi aku adalah berbuka puasa di Masjid UKM. Makan di dalam talam seramai 5 orang. Aku berkongsi talam dengan jiran-jiran aku. Hampir setiap hari kami berbuka di masjid. Siapa sahaja yang tidak suka makanan percuma bukan?
Selepas selesai berbuka, kami solat Maghrib, Isyak dan terawih berjemaah. Kalau bukan sekarang, bila lagi nak rebut pahala berganda-ganda ni kan?
Waktu sahur pula, biasanya aku tidak keluar ke mana-mana. Makan sahaja apa yang ada di dalam bilik.
TIPS MENCARI PASANGAN HIDUP
1. Orangnya jaga solat
Jangan cari suami yang tak solat. Saya ulang sekali lagi, jangan cari suami yang tak solat.
Sebabnya kalau dengan tuhan yang maha penyayang pun dia tak amanah dan tak setia, macammana anda nak harapkan dia amanah dengan anda?
Kena cari yang jaga solat. Solat berjemaah macam yang Nabi pesan. Kita jaga solat, solat jaga kita.
Sesungguhnya solat itu mencegah daripada benda fasik dan mungkar.
Saya tak pernah dengar cerita lelaki bawak girlfriend ke hotel, berzina, lepas tu esoknya kejutkan girlfriend dia dari katil supaya solat subuh berjemaah. Laki tu jadi imam. So far, saya tak pernah dengar lagi.
2. Hormati anda
Kalau laki tu jenis suka menengking atau merendahkan anda, eloklah cari orang lain saja. Kalaupun anda kerja kilang dan tak berpeluang melanjutkan pelajaran ke universiti, itu bukan green light untuk dia hina anda.
Seorang laki yang baik akan terima seadanya, dia takkan merendah-rendahkan anda.
3. Tidak suka menyalahkan orang lain
Lelaki tulen berani menerima tanggungjawab dan mengaku salah. Memang sifat insan ada buat salah silap, tapi laki tulen kenalah sanggup responsible.
Jangan cari orang yang sentiasa mengkritik dan menyalahkan orang lain.
4. Bercinta lepas kahwin
“Barangsiapa memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah, membenci kerana Allah, dan menikah kerana Allah, maka sempurnalah imannya.” (HR. Abu Dawud)
5. Menghargai lebih daripada fizikal
Hati-hati dengan orang yang suka memuji fizikal anda. Kalau laki tu obses dan asyik puji fizikal anda sahaja, itu petanda bahaya. Seorang laki yang baik akan menghargai kepandaian anda, sikap dan karektor anda, dan peribadi anda. Kalau tumpuan dan pujiannya senada, pada fizikal, hati-hati lebih.
Anyway, semua orang akan jadi tua juga. Kalau fokusnya hanya pada fizikal, jenis nilah yang bila orang dah tua, dia sibuk mencari yang lain, yang lebih muda.
The right man will love all the things about you that the wrong man was intimidated by.
Kalau boyfriend anda suka anda pakai seksi, itu tanda dia laki yang salah untuk anda.
Kalau boyfriend anda suka anda pakai seksi, itu tanda dia laki yang salah untuk anda.
By the way, takyah couple. Ruang maksiat semua tuh.
6. Orangnya ada cita-cita
Kalau lelaki tu obses dengan anda dan langsung tiada ambisi dan cita-cita, itu bukanlah petanda yang baik. Seorang laki yang baik harus ada impian dan cita-cita hendak menyumbang dan menjadikan dunia lebih baik.
Orangnya patut berfikiran jauh dan merancang masa depan. Takkan anak-anak semua nak tolak kepada isteri saja. Carilah yang matang dan serius dalam percintaan. Berevolusilah sikit, sampai bila nak cinta monyet.
Tapi jangan obses kepada duit.
“Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui. Dan orang-orang yang tidak mampu menikah hendaklah menjaga kesuciannya, sehingga Allah memampukan mereka dengan kurniaNya…….”. Surah An-Nur: ayat 32-33.
Janganlah kerana laki tu kerjanya jual burger, anda hina dan rendahkan dia pula. Berniaga itu sunnah Nabi.
7. Rajin
Tuhan suka hambaNya yang bila buat sesuatu, dia buat dengan sebaik-baiknya.
Jangan cari lelaki pemalas yang siang malam asyik main game.
Sesekali main Dota dan Clash of the Clans tu takpe. Merehatkan minda.
Tapi kalau obses siang malam, eloklah cari yang lain.
8. Jangan cari playboy
Sekalipun laki tu abam sado, kalau dia jenis bawak anak gadis orang ke hotel, lupakan sajalah dia tu.
“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.” Surah Al Israa’: Ayat 32
9. Berani
Carilah yang berani dan sanggup bela dan protect anda. Jangan cari pondan.
Lelaki yang lemah lembut bukan pondan.
Tapi jangan cari laki yang suka pakai pakaian perempuan dan sebagainya. Sebab Allah melaknat laki yang suka pakai pakaian perempuan.
Tak kiralah apa yang hakim mahkamah tu cakap, ingat bahawa Allah laknat laki yang berpakaian dengan pakaian perempuan.
Finally..
Abdullah Ibnu Mas’ud Radliyallaahu ‘anhu berkata: Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam bersabda pada kami: “Wahai generasi muda, barangsiapa di antara kamu telah mampu berkeluarga hendaknya ia kahwin, kerana ia dapat menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan. Barangsiapa belum mampu hendaknya berpuasa, sebab ia dapat mengendalikanmu.” Muttafaq Alaihi.
When you finally found a good man, don’t go looking for someone better.
KESUMA MERA
Kesuma Mera adalah satu kelab dikir barat di bawah naungan Adyratna Kolej Rahim Kajai. Aku masuk kelab ni suka-suka je. Tak sangka pulak pula boleh sekepala dengan ahli kumpulan ni. Kami mula rapat sejak memasuki pertandingan dikir barat anjuran Karnival Konvokesyen ke-41 Universiti Kebangsaan Malaysia hujung bulan November 2017. Kami berkenalan semasa membuat latihan di cafe Kajai. Aku tak sangka pulak boleh sekepala dengan diorang.
Melalui kelab ini, aku dapat pengetahuan serba sedikit mengenai dikir barat. Selain itu, aku dapat tambah pengalaman membuat persembahan di depan orang ramai.
Selepas berakhir pertandingan tersebut, hubungan kami bertambah erat. Hal ini kerana, kami sesekali keluar beramai-ramai mencari makanan dan meluang masa bersama.
CITRA BRASS BAND
Masa mula-mula aku daftar citra brass band, aku rasa brass band ni gempak sangat. Ye la, mana tidaknya, Instrumen semua besar-besar. Orang yang main semua hebat-hebat belaka. Aku ni baru nak cuba-cuba je masa sem 1 dulu.
Dalam citra brass band ni, aku berada di bahagian snare drum. Main snare drum ni senang je. Kita cuma perlu hafal step sahaja. Kelas brass band diadakan setiap hari selasa dan khamis. Aku suka datang kelas ni sebab seronok main alat muzik. Sedikit sebanyak dapat mengurangkan tekanan lepas penat belajar.
Sem 2 aku tak sambung dah. Rindu tu memang rindu. Tapi apakan daya, aku perlu berikan keutamaan kepada subjek yang diambil sekarang. Tambahan pula, jam kredit telah dipendekkan dari 26 jam kepada 20 jam kredit sahaja.
MAJORING
Minggu lepas keputusan untuk pengkhususan telah keluar. Aku mencari nama aku di senarai nama bagi calon yang layak untuk modul kewangan. Dua tiga kali aku aku tenung senarai nama tersebut. Namun tiada terselit nama aku di situ.
Kemudian, aku melihat senarai nama bagi Sumber Manusia. Juga tiada. Akhir sekali, aku ternampak nama aku pada senarai nama bagi modul Perkhidmatan Kewangan dan Pengurusan Risiko. "Ah sudah. aku kena jual insurans lepas tamat pengajian nanti", fikir aku pada ketika itu. Aku sangat kecewa dengan keputusan pengkhususan tersebut. Aku beritahu jiran-jiran bilik bahawa aku tidak dapat modul kewangan bersama-sama mereka.
Selepas sesi meluah perasaan, kawan aku, Aishah memberikan kata-kata semangat kepadaku. Kemudian, aku menghubungi ibu aku untuk memberitahu bahawa aku tidak dapat kos yang aku mahu. Ibu memberi cadangan untuk meneruskan kos itu. Lepas beberapa hari aku berfikir dan muhasabah diri, aku membuat keputusan untuk kekal dalam kos ini. Orang kata, tak kenal maka tak cinta. Betul ke? Selebihnya aku bergantung kepada Allah swt.
TIPS SIHAT DI BULAN RAMADHAN
- TIPS BERBUKA PUASA
- Pengambilan makanan di bulan puasa tidak seharusnya berbeza daripada bulan-bulan yang lain. Pemakanan kita sepatutnya dapat membekalkan tenaga, vitamin dan mineral yang sepatutnya agar dapat menjalankan tugas-tugas harian seperti biasa. Makan secara sihat di bulan puasa adalah penting untuk menghindar beberapa masalah kesihatan yang biasa berlaku di bulan puasa seperti sembelit, makanan tidak hadam, kembung perut, pedih ulu hati dan kandungan gula rendah dalam darah. Ia juga penting untuk membolehkan seseorang itu berpuasa dengan selesa dan mendapat fadhilat yang sewajarnya di bulan puasa. Oleh itu, makanlah secara sederhana dan pastikan pengambilan makanan yang seimbang untuk kekal sihat di bulan puasa.
- Walaupun berpuasa, kita tetap perlu mengamalkan asas makan secara sihat iaitu makan pelbagai jenis makanan secara sederhana dan seimbang. Kita mesti mengambil makanan dari semua kumpulan makanan berasaskan Piramid Makanan Malaysia. Ini kerana tidak ada satu makanan yang dapat membekalkan kesemua nutrien yang diperlukan oleh tubuh kita. Makanan kita mestilah mengandungi kumpulan-kumpulan makanan berikut:
- Nasi, roti, bijirin dan hasil bijirin.
- Buah-buahan dan sayur-sayuran
- Ikan, ayam, daging dan kekacang
- Susu dan produk tenusu
- Sedikit minyak, lemak, gula dan garam.
- Jangan makan secara berlebihan sewaktu berbuka puasa. Ini kerana setelah seharian berpuasa, aktiviti gastrik di dalam perut akan menurun pada tahap yang minimum. Apabila kita mengambil makanan semasa berbuka puasa, aktiviti gastrik akan meningkat. Kebiasaannya kita akan mengambil makanan yang banyak sewaktu berbuka puasa. Ini akan menyebabkan peningkatan asid yang terlalu mendadak. Keadaan ini akan mengakibatkan ketidakselesaan dan boleh menjejaskan kesihatan. Oleh itu, makanlah makanan yang ringan terlebih dahulu sewaktu berbuka puasa untuk mengelakkan peningkatan aktiviti gastrik yang mendadak. Ia juga dapat mengurangkan masalah semasa berpuasa dan kita dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna.
- Mengikut Sunnah, adalah digalakkan mengambil 3 biji buah kurma sebagai makanan pertama sewaktu berbuka puasa. Kurma bukan sahaja kaya dengan tenaga, tetapi juga mengandungi serat, vitamin dan mineral. Kemudian diikuti dengan ½ cawan jus buah-buahan. Selepas itu bolehlah mengambil 1 mangkuk kecil sup sayur berserta dengan 1 atau 2 keping roti. Pengambilan makanan ini dalam kuantiti yang betul boleh mengembalikan paras gula yang rendah dalam darah kepada paras normal. Walau bagaimanapun, hadkan pengambilan makanan yang manis seperti kuih-muih manis, kek dan air manis dalam kuantiti yang berlebihan sewaktu berbuka puasa. Pengambilan makanan yang tinggi kandungan gula secara berlebihan, boleh mengakibatkan peningkatan berat badan walaupun di bulan puasa.
- Makan malam yang lebih berat adalah digalakkan sebaik sahaja selepas mengerjakan solat Maghrib. Hidangan makan malam yang disarankan ialah 1 ½ cawan nasi putih, 1 ketul ikan atau ayam, 1 cawan sayur campur. Jika boleh, elakkan makanan yang berminyak dan bersantan. Ambil buah-buahan serta lebihkan minum air kosong. Hidangan lewat malam atau moreh, boleh di ambil jika perlu. Elakkan mengambil makanan yang berat, cukuplah sekadar snek ringkas seperti kacang, sandwic, yogurt, roti, biskut, 1 atau 2 ketul kuih dan 1 gelas susu . Lebihkan mengambil air kosong. Pengambilan makanan yang berat seperti mi atau nasi mengakibatkan ketidakselesaan dan boleh mengganggu tidur anda.
- Sembelit di bulan puasa merupakan masalah yang mungkin boleh berlaku di bulan puasa. Ia berlaku disebabkan kita kurang minum air, kurang mengambil makanan yang berserat serta makan banyak makanan terproses. Sekiranya anda mengalami masalah ini, tingkatkan pengambilan air, buah-buahan serta sayur-sayuran. Pastikan anda mengambil 6-8 gelas air, 3 hidangan sayur-sayuran dan ½ cawan sayur-sayuran serta 2 biji buah sehari. Pengambilan air juga boleh di ambil dalam bentuk jus buah-buahan ataupun sup sayur-sayuran. Untuk mengelakkan kehilangan air dari badan, kurangkan pengambilan minuman yang mengandungi kafein seperti teh, kopi atau minuman berkarbonat. Kurangkan kekerapan mengambil makanan segera yang tinggi kandungan lemak dan garam. Selain daripada itu, lakukan juga senaman ringan seperti regangan dan berjalan. Ini adalah penting untuk kelancaran sistem penghadaman.
- Pengambilan makanan di bulan puasa tidak seharusnya berbeza daripada bulan-bulan yang lain. Pemakanan kita sepatutnya dapat membekalkan tenaga, vitamin dan mineral yang sepatutnya agar dapat menjalankan tugas-tugas harian seperti biasa. Makan secara sihat di bulan puasa adalah penting untuk menghindar beberapa masalah kesihatan yang biasa berlaku di bulan puasa seperti sembelit, makanan tidak hadam, kembung perut, pedih ulu hati dan kandungan gula rendah dalam darah. Ia juga penting untuk membolehkan seseorang itu berpuasa dengan selesa dan mendapat fadhilat yang sewajarnya di bulan puasa. Oleh itu, makanlah secara sederhana dan pastikan pengambilan makanan yang seimbang untuk kekal sihat di bulan puasa.
- TIPS MENGURANGKAN BERAT BADAN DI BULAN PUASARamadhan merupakan satu peluang untuk mengurangkan berat badan bagi mereka yang mengalami masalah berat badan berlebihan. Amalan pemakanan sihat yang disarankan bagi mengurangkan berat badan ialah:
- Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan gula, minyak serta lemak. Makanan ini mengandungi tinggi kalori. Jika anda tidak dapat menahan diri daripada mengambil makanan ini, ambillah dalam kuantiti yang sedikit.
- Hadkan pengambilan air manis seperti air sirap atau kordial. Utamakan pengambilan air kosong dan jus buah-buahan yang tidak ditambah gula. Susu rendah lemak juga merupakan pilihan minuman yang baik.
- Beri perhatian pada saiz hidangan anda. Kebiasaannya, kita akan makan dengan banyak apabila terlalu lapar. Oleh itu sentiasa ingat untuk mengekalkan saiz hidangan yang kecil, walaupun mengambil makanan yang rendah lemak.
- Lebihkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran. Makanan ini bukan sahaja mengenyangkan, malah boleh meningkatkan pengambilan serat harian anda.
- Jangan lupa untuk melakukan senaman ringkas. Berpuasa bukan alasan untuk anda tidak melakukan senaman.
- TIPS UNTUK KEKAL CERGAS DI BULAN PUASABerikut adalah beberapa panduan untuk anda kekal cergas di bulan puasa.
- Ambil makanan yang berkhasiat iaitu mengandungi karbohidrat, protein, vitamin, mineral serta sedikit lemak.
- Lakukan aktiviti fizikal untuk meningkatkan metabolisme. Waktu yang sesuai untuk anda melakukan aktiviti fizikal ialah ½ jam sebelum berbuka ataupun selepas makanan yang dimakan hadam.
- Minum banyak air terutama air kosong. Ini untuk mengelakkan dehidrasi kerana badan kita memerlukan air yang banyak.
- Elakkan mengambil minuman yang berkafein kerana ia boleh menghalang penyerapan zat-zat makanan oleh badan.
- TABIAT MAKAN YANG PERLU DI ELAKKAN DI BULAN PUASAPenjagaan kesihatan di bulan puasa adalah penting agar kita dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna. Berikut adalah beberapa tabiat makan yang perlu dielak di bulan puasa.
- Jangan makan berlebihan terutama sewaktu berbuka puasa. Ini untuk mengelak kejadian kembung perut atau ketidakhadaman makanan.
- Kurangkan pengambilan makanan yang bergoreng dan berlemak.
- Kurangkan makanan tinggi gula.
- Kurangkan minum minuman berkafein seperti kopi, teh dan air berkarbonat. Minuman ini boleh menghalang penyerapan vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh badan. Ia juga boleh menyebabkan kita kerap membuang air kecil.
- Elakkan makanan yang diproses terutamanya yang mengandungi perisa dan pewarna tiruan serta pengawet. Biasanya makanan terproses adalah tinggi garam walaupun tidak terasa masin.
- Kurangkan makanan yang terlalu berempah dan pedas.
- TIPS MEMBELI MAKANAN DI BAZAR RAMADHANMemang tidak dinafikan, di bulan puasa pasar Ramadhan akan tumbuh bagai cendawan. Di sini anda boleh dapat pelbagai jenis makanan untuk juadah berbuka puasa. Bayangkan dalam keadaan yang lapar, pelbagai kuih-muih serta lauk-pauk yang enak dijual. Ini boleh menyebabkan anda rambang mata membuat pilihan. Sudah pastinya, segala prinsip atau amalan makan secara sihat senang saja diketepikan pada saat itu. Sebagai panduan, pastikan anda membuat catatan senarai makanan yang perlu sahaja untuk di beli. Senarai makanan ini boleh mengelakkan kita daripada membeli makanan yang tidak diperlukan. Buatlah pilihan yang lebih sihat semasa membeli juadah berbuka puasa. Utamakan makanan yang dimasak tanpa menggunakan santan ataupun menggunakan minyak secara minima. Kurangkan membeli kuih-muih yang manis serta bubur. Jika boleh, elakkan membeli air minuman yang dijual dan sediakan sendiri air minuman di rumah. Ini membolehkan anda mengawal kandungan gula dalam minuman tersebut.
- TIPS MENGAWAL NAFSU MAKAN DI BULAN PUASAUntuk mengelakkan pengambilan makanan atau minuman secara berlebihan, kita perlulah bersederhana semasa menghidang juadah terutamanya ketika berbuka puasa. Sudah tentulah sukar untuk mengawal apa yang dimakan sekiranya juadah daripada pelbagai jenis sudah ada di depan mata. Oleh itu, kita harus mengambil peluang di bulan puasa ini untuk berjimat cermat khususnya bagi perbelanjaan ke atas makanan. Rancang dan hidangkan makanan untuk berbuka pada kadar yang berpatutan. Begitu juga dengan air minuman. Sediakan air minum dari bahan semula jadi seperti daun pandan. limau nipis dan serai. Elakkan penggunaan gula berlebihan, sirap, pewarna dan perasa tiruan. Selain daripada itu, anda juga harus ingat tujuan berpuasa adalah untuk mendapatkan pahala dan keberkatan. Oleh itu, elakkan pembaziran di bulan puasa kerana ini boleh mengurangkan pahala amalan puasa itu sendiri.
- TIPS MENYEDIAKAN HIDANGAN SIHAT UNTUK BERBUKA PUASALaungan azan maghrib adalah waktu yang paling ditunggu-tunggu bagi mereka yang menjalani ibadah berpuasa. Sudah tentulah, pelbagai juadah disediakan untuk berbuka puasa. Bagi sesetengah keluarga, mereka lebih menggemari masakan yang disediakan di rumah berbanding yang di beli di pasar Ramadhan. Sudah tentulah masakan yang disediakan di rumah oleh ibu akan lebih menyelerakan. Tambahan pula, bagi anak-anak, inilah masanya mereka boleh meminta si ibu memasakkan apa saja makanan kegemaran mereka untuk santapan berbuka puasa. Namun begitu, sebagai ibu, adalah penting untuk menyediakan hidangan yang bukan sahaja lazat, tetapi juga sihat untuk keluarga. Gunakanlah panduan berikut bagi menyediakan hidangan sihat untuk berbuka puasa.
- Rancanglah menu dengan mengambil kira 5 kumpulan asas makanan iaitu bijirin, hasil bijirin dan ubi-ubian, buah dan sayur, ikan, daging, ayam dan kekacang, susu dan hasil tenusu serta minyak, lemak, garam dan gula.
- Gunakan bahan-bahan yang segar untuk menyediakan makanan dan elakkan makanan yang dijeruk atau diawet.
- Gabungkan pelbagai jenis sayuran yang beraneka warna dan bentuk untuk mendapat hidangan yang lebih sihat dan kelihatan lebih menarik.
- Pelbagaikan kaedah masakan dengan cara memanggang, mengukus, merebus dan menggoreng tanpa minyak. Kurangkan hidangan bergoreng terutamanya yang disaluti tepung.
- TIPS MENINGKATKAN PENGAMBILAN SERAT DI BULAN PUASAKesesuaian makanan yang mengandungi tinggi serat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, roti atau biskut wholemeal dan kekacang kurang diambil di bulan puasa. Ini kerana, makanan ini biasanya kurang mendapat perhatian kita jika dibandingkan dengan makanan-makanan lain yang dijual di pasar Ramadhan. Namun begitu, pengambilan serat adalah penting untuk mencegah masalah sembelit terutamanya di bulan puasa. Sayur juga boleh memberi rasa kenyang dan boleh membantu mengawal berat badan. Buah-buahan dan sayur-sayuran boleh dijadikan sebagai hidangan yang berkhasiat di bulan puasa. Berikut adalah panduan untuk meningkatkan pengambilan serat di bulan puasa.
- Ketika berbuka puasa, makan 3 biji buah kurma, ½ cawan jus buah tanpa gula, 1 mangkuk sup sayur campur serta 1 atau 2 keping roti tinggi serat.
- Ketika makan malam, ambil sayur campur dan sebiji buah berserta makanan yang lain.
- Ambil buah-buahan sebagai makanan lewat malam.
- Bersahurlah dengan bijirin sarapan seperti oats, sup sayur ataupun buah-buahan.
- Tambah kekacang seperti kacang dhal, kacang kuda, kacang soya atau kacang pis ke dalam masakan.
- TIPS MENINGKATKAN PENGAMBILAN AIR DI BULAN PUASAWalaupun berpuasa, kita perlu mengambil 6-8 gelas air sehari. Air adalah penting untuk fungsi badan yang sempurna. Pengambilan air yang mencukupi juga perlu untuk mencegah sembelit. Kekurangan pengambilan air boleh mengakibatkan kita keletihan. Jika boleh, utamakan air kosong. Namun begitu, kita juga boleh mengambil air dalam bentuk jus buah-buahan ataupun susu rendah lemak. Elakkan pengambilan air manis yang mengandungi pewarna dan perisa tiruan. Bagi berbuka puasa, adalah digalakkan menyediakan sendiri air minuman di rumah kerana ia lebih terjamin kebersihannya. Selain daripada minum air, kita juga boleh meningkatkan pengambilan cecair dengan mengambil sup sayur atau jus buah-buahan. Berikut adalah beberapa cara yang boleh digunakan untuk meningkatkan pengambilan air:
- Minum 2 gelas air sewaktu berbuka. Ini termasuklah jus buah-buahan ataupun susu rendah lemak.
- Minum 2-3 gelas air sebelum tidur.
- Minum 2 gelas air sewaktu bersahur.
- TIPS MENYEDIAKAN MAKANAN SEWAKTU BERSAHURKebiasaannya lebihan makanan sewaktu berbuka puasa akan dihidangkan sebagai hidangan untuk bersahur. Amalan ini bukan sahaja menjimatkan masa, tetapi juga menyenangkan kaum ibu yang terpaksa bangun awal untuk menyediakan hidangan sahur. Ini boleh dilakukansekiranya makanan tersebut disimpan dengan cara yang betul dan selamat. Namun begitu, adalah lebih baik sekiranya kita menyediakan makanan yang segar dan baru dimasak untuk bersahur. Ini kerana, sekiranya lebih makanan sewaktu berbuka dihidang, dikhuatiri ia telah tercemar dan akan mengakibatkan keracunan makanan. Makanan yang telah terdedah di suhu bilik melebihi 4 jam adalah tidak selamat untuk dimakan. Tambahan pula, menggoreng semula makanan akan menyebabkan tambahan kalori kerana penggunaan minyak yang berulang. Makanan untuk bersahur tidak perlu terlalu rumit untuk disediakan. Makanan seperti sandwic, bubur nasi, oat, bijirin sarapan pagi, roti bersalut telur, makaroni goreng, spageti, buah-buahan serta sup seperti sup sayur ataupun sup bebola ikan yang ringkas boleh dijadikan hidangan bersahur yang sihat. Selain daripada itu, pastikan juga buah-buahan dihidangkan sewaktu bersahur. Bagi minuman pula, lebihkan pengambilan air kosong dan kurangkan penggunaan gula atau susu pekat manis. Pengambilan teh dan kopi tidak digalakkan kerana ia boleh mengakibatkan kehilangan air dalam badan melalui air kencing.
- TIPS MENGGALAKKAN ANAK MAKAN SEWAKTU BERSAHURAmalan berpuasa bagi anak-anak perlu dipupuk sejak kecil lagi. Sesetengah anak-anak begitu teruja untuk menjalani ibadah puasa. Namun begitu, apa yang menjadi masalah adalah apabila bangun bersahur. Ini kerana kebanyakan kanak-kanak memang susah untuk bangun bersahur di awal pagi. Ada juga anak-anak yang susah untuk makan kerana biasanya mereka kurang berselera untuk makan di waktu pagi. Bagi mengatasi masalah ini, beberapa tip berikut boleh dijadikan panduan:
- Sediakan masakan panas untuk bersahur. Biasanya, masakan panas boleh menambahkan selera anak-anak.
- Masakkan makanan kegemaran anak-anak. Jika boleh, tanya dahulu apa yang anak-anak anda ingin makan sewaktu bersahur.
- Pelbagaikan jenis masakan. Anak-anak cepat merasa jemu dengan masakan yang sama setiap hari.
- Sediakan masakan berkuah seperti sup kerana ianya lebih mudah dimakan dan mengenyangkan
- Elak menyediakan masakan yang pedas dan berempah. Ini boleh mengakibatkan ketidakselesaan sewaktu berpuasa di siang hari.
- Galakkan anak-anak mengambil buah-buahan dan minum banyak air sewaktu bersahur.
- TIPS BERSAHUR BAGI ORANG BUJANGBagi orang bujang, waktu sahur mereka adalah sebelum tidur. Kebanyakan daripada mereka suka mengambil makanan lewat malam sebelum tidur sebagai makanan untuk bersahur. Makanan seperti burger, nasi goreng dan mee segera sering kali menjadi pilihan utama bagi mereka. Ini kerana ia senang didapati, ringkas dan mudah didapati. Kebanyakan orang bujang juga susah untuk bangun bersahur di awal pagi. Oleh itu makanan yang diambil sebelum tidur akan dianggap sebagai sahur. Walau bagaimanapun, makanan ini tidak dapat membekalkan cukup tenaga untuk kita berpuasa keesokan harinya. Waktu sahur yang paling baik adalah sekurang-kurangnya ½ jam sebelum waktu imsak. Oleh itu, jika boleh pastikan anda bangun sahur di awal pagi. Ini kerana,. Bersahur di awal pagi boleh mengurangkan keletihan dan kehilangan tenaga sewaktu berpuasa. Anda boleh mengambil makanan ringkas seperti roti, sandwic, ban, oats, telur rebus, bijirin sarapan pagi ataupun buah-buahan sewaktu bersahur. Jika terlalu malas untuk memasak dan ingin makan mi segera pastikan mi tersebut ditambah dengan sumber protein seperti telur atau ikan bilis dan sayur-sayuran seperti sawi atau kobis. Pastikan anda mengambil air yang mencukupi untuk mengelakkan kekeringan.
Langgan:
Catatan (Atom)