Sabtu, 7 April 2018

RESEPI CHEESEKUT

Semalam masa aku tengah cari bahan untuk tugasan berkumpulan, aku ternampak satu jenis makanan ni. Kecur air liur 😋 Lama dah tak makan cheesekut ni. Kemudian aku cari resepi cheesekut ni. Kalau ada masa lapang aku buat lah.


Berikut merupakan bahan-bahan dan langkah membuat cheesekut yang aku cari dari internet.


BAHAN-BAHAN :

1. 250 gram Cream cheese
2. 1 paket biskut Deluxe Cracker
3. 1/2 tin susu pekat manis (Manis mengikut citarasa masing-masing)
4. Susu Low Fat / Full Cream





LANGKAH-LANGKAH PENYEDIAAN :

1. Pukul / blend cream cheese bersama-sama susu pekat manis.

2. Bila dah kembang / sebati, masukkan 4 sudu susu full cream. Tujuannya adalah untuk mengurangkan kepekatan cream cheese tadi.  Pastikan tidak terlalu cair atau pekat.

3. Sediakan bekas untuk meletakkan cheesekut ni. Lapik dengan baking paper bagi memudahkan cheeskut ini dari bekasnya nanti.

4. Masukkan sedikit susu full cream / low fat ke dalam bekas lain. Tujuannya adalah untuk mencelup sedikit biskut sebelum disusun.

5. Celup biskut satu per satu ke dalam susu dan susun ke dalam bekas. Celup dalam beberapa saat sahaja agar biskut tersebut tidak terlalu lembik.

6. Selepas siap susun biskut, letak campuran cream cheese tadi ke atas biskut. Sapu rata dan nipis-nipis sahaja.

7. Kemudian, ulang semula langkah 5-7 sehingga cream cheese habis.

8. Masukkan ke dalam peti sejuk.


Siap !!!

Mudah sahaja bukan? Selamat Mencuba! 😎

Tiada ulasan:

Catat Ulasan