Isnin, 9 April 2018
MATRIKULASI
Sedar tak sedar dah setahun aku tinggalkan alam matrikulasi. Banyak kenangan pahit manis suka duka yang tidak akan sepanjang setahun menuntut ilmu di sana.
Selepas tamat zaman persekolahan, aku ditawarkan ke Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan bagi Program Satu Tahun dalam jurusan Perakaunan. Aku membuat keputusan untuk menerima tawaran itu setelah gagal mendapatkan tempat di universiti awam bagi peringkat diploma. Namun, aku mendapat tawaran ke Politeknik Port Dickson dalam bidang Sains Kesetiausahaan beberapa minggu sebelum mendaftar ke KMNS.
Pelbagai perasaan bermain di fikiran apabila mendengar cerita dan pendapat daripada orang sekeliling mengenai matrikulasi. Ada yang mengatakan bahawa subjek yang akan dipelajari di peringkat matrikulasi susah dan sukar untuk skor. Walau bagaimanapun, sebahagian yang lain menafikan kenyataan tersebut. Jadi aku membuat keputusan untuk meneruskan perancangan tersebut.
Tanggal 6 Jun 2016 bersamaan 1 Ramadhan, aku mendaftarkan diri ke Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan atau lebih dikenali sebagai KMNS. Maka, secara rasminya aku bergelar pelajar di kolej tersebut. Sepanjang setahun menjalani hidup sebagai pelajar di sana, pelbagai perkara yang dapat aku pelajari.
Hidup di kolej itu sebahagiannya diuruskan oleh pihak pengurusan. Kuliah dan tutor bermula dari hari Isnin sehingga Jumaat, 8 pagi sehingga 4 petang. Tapi biasanya mana-mana tutor pada pukul 2 hingga 4 petang dianjak ke hadapan mengikut kekosongan kelas dan masa.
Kuliah di sini terbahagi kepada 5 dan setiap 1 kuliah mempunyai 5 praktikum atau lebih mudah dipanggil kelas. Setiap praktikum mengandungi 10 orang pelajar pada awalnya. Selepas kemasukan kedua, rata-rata pelajar bertambah kepada 15-16 orang setiap praktikum.
Belajar di kolej ni seronok sebab kalau kurang faham apa yang dipelajari dalam kuliah, kita boleh merujuk kepada pensyarah semasa tutor. Kita tidak akan rasa malu untuk bertanya oleh sebab berada dalam kumpulan kecil.
Dari segi berkawan pula, aku tidak menghadapi sebarang masalah. Kawan-kawan aku semua yang jenis memahami dan sentiasa ada ketika susah dan senang. Antara kawan yang aku selalu hubungi ialah Sanna, Nana dan Su. Antara ketiga-tiga kawan yang aku rapat ni, Sanna la yang paling rapat dengan aku sehingga sekarang. Mana tidaknya, kami sama blok, sama aras, sama wing. bilik je lain-lain. Sehingga masuk UKM pun kami masih berhubung. Kuliah pun ada yang sama dengan dia walaupun tak sekerap dulu.
Sekarang kami satu praktikum tidak serapat dahulu. Masing-masing membuat haluan sendiri. Ada yang menyambung pengajian peringkat ijazah di Sabah, Johor, Pahang, Terengganu dan Pulau Pinang. Aku bangga dengan rakan-rakan praktikum aku kerana semuanya terpilih untuk menyambung pengajian di universiti-universiti awam di Malaysia ni.
Sekian, cerita tentang pengalaman aku di kolej matrikulasi. Aku kongsikan beberapa keping gambar semasa di KMNS dulu.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan