Jumaat, 6 April 2018

TIPS DAN CARA ORANG DEKAN BELAJAR







Tips #1 - Betulkan Niat

Yes. Niat tu kena betulkan. Jangan belajar untuk exam sahaja. Niat dalam hati aku belajar kerana Allah. Sebelum belajar bacalah basmallah.


Tips #2 - Jangan Stress

Kalau kau rasa kau stress, better jangan belajar. Sebab kalau kau belajar dalam stress memang ilmu susah nak masuk. Dulu aku macam ni lah, stress tapi tetap belajar. Aku sedar banyak yang aku belajar tak masuk dalam kepala. Alhamdulillah, waktu degree ni aku jumpa seorang hamba Allah ni. Dia ni ANC (de'an every sem diploma). Dia banyak sangat share dengan aku cara belajar. Everytime aku stress aku mengadu dekat dia. Kalau stress buatlah benda lain dulu jangan paksa diri belajar. Esok nak exam, waktu itulah stress tiba-tiba datang. Nak baca buku pun mood tiada. Dia hantar gambar-gambar dan video lawak kepada aku. Dia cakap tak perlu stress belajar. Nanti kalau ada mood belajar memang kau belajar je ilmu serap macam span. Dah puas seharian tak belajar, malam barulah datang mood nak belajar. Serious menyerap macam span je ilmu tu.


Tips #3 - Cari Mood Belajar

Kalau tiada mood jangan belajar. Cuba tonton tv atau movie. Paling tidak pun buat sesuatu yang menyeronokkan yang boleh buat kau lupa belajar seketika. Kalau kau insist juga nak belajar, cuba cari alternatif lain selain menghadap buku. Contohnya belajar melalui youtube tentang topik yang ingin dipelajari. Lepas kau dah faham topik itu melalui youtube, kau akan mudah faham apa yang tertulis atas nota yang pensyarah kau bagi.


Tips #4 - Cari Masa Sesuai Belajar

Aku tahu, lain orang lain kemampuannya. Tapi percayalah otak kita memang ada masa tertentu untuk mempelajari sesuatu. Aku tahu waktu terbaik untuk belajar. Waktu terbaik untuk aku belajar ialah pada waktu subuh sehingga pukul 10 lebih. Lepas itu dah lambat sikit dah. Kalau malam otak aku tak aktif sangat tapi masih dapat belajar. Aku sarankan kau cari masa yang terbaik untuk belajar. Sebab lain orang lain waktu belajarnya. Macam kawan aku sorang ni, dia belajar tengah malam. Aku memang tak dapat belajar tengah malam. Itu waktu aku tidur. Kalau aku mengantuk memang aku tidur je. Tips yang cuba disampaikan ialah kau kena pandai atur masa untuk belajar. Jangan paksa otak tu. Waktu Asar kalau boleh elakkan daripada belajar. Kawan aku yang dekan bagitahu tak bagus belajar waktu petang lepas Asar. Ilmu susah nak masuk. Memang aku akui kalau belajar waktu-waktu begini memang kepala rasa berat dan kebanyakannya susah nak faham.


Tips #5 - Jangan Skip Chapter (Bab)

Ini mesti banyak orang buat. Aku akui waktu diploma aku suka langkau bab sebab rasa bab itu tak keluar dalam peperiksaan. Bila dalam peperiksaan, keluar pula bab itu. Melopong lah dalam dewan peperiksaan mencari idea nak menggoreng apa. Kalau kau rasa nak skip sekalipun cuma baca dan fahamkan apa yang cuba disampaikan. Tak perlu secara mendalam. Nanti dalam peperiksaan, kalau bab itu keluar tak adalah mati akal nak jawab apa kan.


Tips #6 - Jangan Biarkan Kertas Jawapan Kosong

Kalau kau tak tahu pun jawapannya, cuba sedaya upaya guna common sense. Jangan lupa minta bantuan daripada Allah. Kalau tiada idea, cuba kaitkan dengan semua yang kau belajar  ke dalam kertas soalan itu. Macam itulah aku belajar. Aku akan campur adukkan subjek lain ke dalam soalan yang sedang aku jawab. Walaupun subjek berbeza tapi isinya berkaitan. Kalau masih tiada idea juga, keluar ke tandas sebentar. Lepas beberapa ketika, kembali ke tempat duduk. Biasanya idea akan mencurah-curah datang. Mungkin semasa dalam perjalanan ke tandas melancarkan perjalanan darah ke seluruh badan.


Tips #7 - Lebihkan Memahami daripada Menghafal

Selalunya, berlaku last minute sebelum peperiksaan. Contohnya esok nak exam, elakkan aktiviti menghafal. Kalau nak hafal juga, jangan hafal banyak sangat.


Tips #8 - Buat Nota Sendiri

Aku akan cuba buat nota sendiri yang lebih mudah difahami. Aku ringkaskan nota itu seringkas-ringkasnya. Kalau boleh aku nak buat untuk satu bab dalam satu muka surat sahaja. Dengan adanya nota ini, ia membantu aku semasa belajar di saat-saat akhir di luar dewan peperiksaan.


Tips #9 - Makan dan Makan

Aku tahu kalau minggu peperiksaan kau akan stress. Cara nak hilangkan stress adalah kau makan. Ajak kawan pergi makan dan beli stok makanan.


Tips #10 - Solat Hajat, Berdoa dan Bertawakal

Okay, ini semua orang tahu. Jangan hilang kebergantungan kita kepada Allah SWT. Berdoa itu senjata mukmin. Berdoa semasa sujud terakhir solat. Kalau boleh solat hajat pada malam hari lebih afdhal. Jangan lupa untuk minta restu daripada ibu bapa dan pensyarah. Minta mereka doakan kita agar dipermudahkan untuk menjawab soalan peperiksaan akhir.





Sumber daripada : https://amerjaya.blogspot.my/2016/10/tips-cara-untuk-dekan.html

1 ulasan: