Isnin, 9 April 2018
MATRIKULASI
Sedar tak sedar dah setahun aku tinggalkan alam matrikulasi. Banyak kenangan pahit manis suka duka yang tidak akan sepanjang setahun menuntut ilmu di sana.
Selepas tamat zaman persekolahan, aku ditawarkan ke Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan bagi Program Satu Tahun dalam jurusan Perakaunan. Aku membuat keputusan untuk menerima tawaran itu setelah gagal mendapatkan tempat di universiti awam bagi peringkat diploma. Namun, aku mendapat tawaran ke Politeknik Port Dickson dalam bidang Sains Kesetiausahaan beberapa minggu sebelum mendaftar ke KMNS.
Pelbagai perasaan bermain di fikiran apabila mendengar cerita dan pendapat daripada orang sekeliling mengenai matrikulasi. Ada yang mengatakan bahawa subjek yang akan dipelajari di peringkat matrikulasi susah dan sukar untuk skor. Walau bagaimanapun, sebahagian yang lain menafikan kenyataan tersebut. Jadi aku membuat keputusan untuk meneruskan perancangan tersebut.
Tanggal 6 Jun 2016 bersamaan 1 Ramadhan, aku mendaftarkan diri ke Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan atau lebih dikenali sebagai KMNS. Maka, secara rasminya aku bergelar pelajar di kolej tersebut. Sepanjang setahun menjalani hidup sebagai pelajar di sana, pelbagai perkara yang dapat aku pelajari.
Hidup di kolej itu sebahagiannya diuruskan oleh pihak pengurusan. Kuliah dan tutor bermula dari hari Isnin sehingga Jumaat, 8 pagi sehingga 4 petang. Tapi biasanya mana-mana tutor pada pukul 2 hingga 4 petang dianjak ke hadapan mengikut kekosongan kelas dan masa.
Kuliah di sini terbahagi kepada 5 dan setiap 1 kuliah mempunyai 5 praktikum atau lebih mudah dipanggil kelas. Setiap praktikum mengandungi 10 orang pelajar pada awalnya. Selepas kemasukan kedua, rata-rata pelajar bertambah kepada 15-16 orang setiap praktikum.
Belajar di kolej ni seronok sebab kalau kurang faham apa yang dipelajari dalam kuliah, kita boleh merujuk kepada pensyarah semasa tutor. Kita tidak akan rasa malu untuk bertanya oleh sebab berada dalam kumpulan kecil.
Dari segi berkawan pula, aku tidak menghadapi sebarang masalah. Kawan-kawan aku semua yang jenis memahami dan sentiasa ada ketika susah dan senang. Antara kawan yang aku selalu hubungi ialah Sanna, Nana dan Su. Antara ketiga-tiga kawan yang aku rapat ni, Sanna la yang paling rapat dengan aku sehingga sekarang. Mana tidaknya, kami sama blok, sama aras, sama wing. bilik je lain-lain. Sehingga masuk UKM pun kami masih berhubung. Kuliah pun ada yang sama dengan dia walaupun tak sekerap dulu.
Sekarang kami satu praktikum tidak serapat dahulu. Masing-masing membuat haluan sendiri. Ada yang menyambung pengajian peringkat ijazah di Sabah, Johor, Pahang, Terengganu dan Pulau Pinang. Aku bangga dengan rakan-rakan praktikum aku kerana semuanya terpilih untuk menyambung pengajian di universiti-universiti awam di Malaysia ni.
Sekian, cerita tentang pengalaman aku di kolej matrikulasi. Aku kongsikan beberapa keping gambar semasa di KMNS dulu.
Sabtu, 7 April 2018
RESEPI CHEESEKUT
Semalam masa aku tengah cari bahan untuk tugasan berkumpulan, aku ternampak satu jenis makanan ni. Kecur air liur 😋 Lama dah tak makan cheesekut ni. Kemudian aku cari resepi cheesekut ni. Kalau ada masa lapang aku buat lah.
Berikut merupakan bahan-bahan dan langkah membuat cheesekut yang aku cari dari internet.
BAHAN-BAHAN :
1. 250 gram Cream cheese
2. 1 paket biskut Deluxe Cracker
3. 1/2 tin susu pekat manis (Manis mengikut citarasa masing-masing)
4. Susu Low Fat / Full Cream
LANGKAH-LANGKAH PENYEDIAAN :
1. Pukul / blend cream cheese bersama-sama susu pekat manis.
2. Bila dah kembang / sebati, masukkan 4 sudu susu full cream. Tujuannya adalah untuk mengurangkan kepekatan cream cheese tadi. Pastikan tidak terlalu cair atau pekat.
3. Sediakan bekas untuk meletakkan cheesekut ni. Lapik dengan baking paper bagi memudahkan cheeskut ini dari bekasnya nanti.
4. Masukkan sedikit susu full cream / low fat ke dalam bekas lain. Tujuannya adalah untuk mencelup sedikit biskut sebelum disusun.
5. Celup biskut satu per satu ke dalam susu dan susun ke dalam bekas. Celup dalam beberapa saat sahaja agar biskut tersebut tidak terlalu lembik.
6. Selepas siap susun biskut, letak campuran cream cheese tadi ke atas biskut. Sapu rata dan nipis-nipis sahaja.
7. Kemudian, ulang semula langkah 5-7 sehingga cream cheese habis.
8. Masukkan ke dalam peti sejuk.
Siap !!!
Mudah sahaja bukan? Selamat Mencuba! 😎
Jumaat, 6 April 2018
TIPS PENJAGAAN BADAN
Sebagai seorang wanita, penjagaan dalaman dan luaran amatlah penting. Kalau ada jerawat naik satu pun dah tak keluar rumah sehari kan? Selain itu, wanita juga teramatlah peka dengan keadaan sekeliling dan keinginan untuk mengetahui tips-tips mengenai kesihatan badan. Tetapi, jangan keliru kerana banyak petua yang anda baca kemungkinan tidak seperti apa yang diutarakan. Kalau nak tahu tips-tips kesihatan yang betul, anda boleh baca senarai ada di bawah ini ya!

TIPS KESIHATAN WANITA
1. Wanita dilarang menarik barang berat tapi harus menolak. Juga elakkan membawa barang-barang berat. Ini adalah kerana urat saraf wanita yg cepat lemah.
2. Jalan 50 langkah memperbaiki tulang tubuh. Naik 20 anak tangga memperbaiki tulang lutut.
3. Kopi tidak disarankan bagi WANITA, kerana dapat menyebabkan osteoporosis dan mempercepat monopause.
4. Rebus 10 helai daun salam dgn 2 gelas air, minum tiap hari selama 12 hari untuk menurunkan kolestrol dan darah tinggi.

http://hair-growth-remedies.com/
5. Penyebab darah tinggi adalah kekurangan kalsium. Tembikai adalah sumber kalsium. Disarankan tembikai kuning.
6. Jus pear + strawberry 4 buah menaikkan daya tahan tubuh.
7. Anggur hitam kuatkan jantung, anggur hijau melangsingkan tubuh, anggur merah melebarkan pembuluh darah agar tidak tersumbat. Bertindak sebagai anti kolesterol.
8. Labu kuning baik untuk mempertajam daya ingat anak, dimakan oleh wanita hamil lebih baik. Untuk lelaki dewasa, labu berguna untuk menghasilkan sperma berkualiti.

http://themagazene.com/
9. Pisang untuk yg sering kram dan senggugut.
10. Manggis paling baik untuk tulang.
11. Paprika menyembuhkan diabetes, sakit tulang dan anti kanser.

http://www.everydayhealth.com/
12. Apple + buncis di juice bersama dapat menjadi ubat pankreas / diabetes.
13. Makan sayuran hijau di siang hari, bertindak sebagai anti stroke.
14. Sayur memastikan protein tidak menjadi kanser.
15. Sayur memastikan karbo tidak menjadi diabetes.
PANDUAN KESIHATAN HARIAN

http://fortuna.ge/
01. Makan sebelum tidur boleh menyebabkan kanser lambung kerana usus tidak dapt berehat.
02. Hanya boleh makan 4 biji telur seminggu. Kalau lebih tidak baik.
03. Tungking ayam mengandungi karsinogen, penyebab kanser. Jangan makan tungking ayam.
04. Makan buah seharusnya sebelum makan, bukan selepas makan.

http://www.cancerfightersthrive.com/
05. Masa haid jangan minum teh lebih lagi teh hijau, sebaiknya makan sesuatu yg boleh menambah darah.
06. Kurangkan minum susu kacang dan jangan tambah telur dan gula pada minuman anda.
07. Makan tomato semasa atau selepas makan. Jangan waktu perut kosong.
08. Tiap pagi bangun tidur minum gelas air putih boleh cegah batu hempedu. Dua gelas untuk mengaktifkan organ-organ dalaman.
09. Tiga jam sebelum tidur jangan makan boleh jadi kegemukkan.

anizyn.blogspot.my
10. Jangan minum teh susu atau (teh tarik / buble tea) kerana tinggi kalori tinggi lemak tidak bergizi dan boleh kena darah tinggi & kencing manis.
11. Jangan makan roti yg baru keluar dari ketuhar atau oven.
12. Charger jangan dekat tempat tidur, mesti berjarak 30 cm lebih.
13. Tiap hari minum air kosong 8 gelas boleh hindari penyakit pundi kencing.

thefitbay.com
14. Siang hari perlu banyak minum air putih, malam hari perlu sedikit minum air putih.
15. Minum kopi jangan lebih cawan sehari, boleh menyebabkan insomnia iaitu sukar tidur dan gastrik.
16. Jangan makan makanan yang tinggi lemak kerana perlu 5-7 jam pencernaan, mengakibatkan darah terpusat pada pencernaan dan mengakibatkan mengantuk kerana otak kekurangan oksigen.

http://www.health.harvard.edu/
17. Setelah jam 5 petang, jangan makan banyak kerana tubuh kita tidak perlu banyak kalori.
18. 10 jenis makanan sihat:
Ikan laut dalam, pisang, limau bali, roti penuh gandum, sayur bayam, bawang putih, labu, susu rendah lemak, daging ayam, buah ceri.
Ikan laut dalam, pisang, limau bali, roti penuh gandum, sayur bayam, bawang putih, labu, susu rendah lemak, daging ayam, buah ceri.
19. Kurang tidur dapat melemahkan otak.
20. Lemon panas membunuh sel kanser.

http://kitchenjournals.com/
*Dah ada petua-petua yang menarik dan berguna, semoga kita dapat jalani kehidupan yang lebih sihat ya!
Sumber: Info Ibu Hamil
TIPS DAN CARA ORANG DEKAN BELAJAR
Tips #1 - Betulkan Niat
Yes. Niat tu kena betulkan. Jangan belajar untuk exam sahaja. Niat dalam hati aku belajar kerana Allah. Sebelum belajar bacalah basmallah.
Tips #2 - Jangan Stress
Kalau kau rasa kau stress, better jangan belajar. Sebab kalau kau belajar dalam stress memang ilmu susah nak masuk. Dulu aku macam ni lah, stress tapi tetap belajar. Aku sedar banyak yang aku belajar tak masuk dalam kepala. Alhamdulillah, waktu degree ni aku jumpa seorang hamba Allah ni. Dia ni ANC (de'an every sem diploma). Dia banyak sangat share dengan aku cara belajar. Everytime aku stress aku mengadu dekat dia. Kalau stress buatlah benda lain dulu jangan paksa diri belajar. Esok nak exam, waktu itulah stress tiba-tiba datang. Nak baca buku pun mood tiada. Dia hantar gambar-gambar dan video lawak kepada aku. Dia cakap tak perlu stress belajar. Nanti kalau ada mood belajar memang kau belajar je ilmu serap macam span. Dah puas seharian tak belajar, malam barulah datang mood nak belajar. Serious menyerap macam span je ilmu tu.
Tips #3 - Cari Mood Belajar
Kalau tiada mood jangan belajar. Cuba tonton tv atau movie. Paling tidak pun buat sesuatu yang menyeronokkan yang boleh buat kau lupa belajar seketika. Kalau kau insist juga nak belajar, cuba cari alternatif lain selain menghadap buku. Contohnya belajar melalui youtube tentang topik yang ingin dipelajari. Lepas kau dah faham topik itu melalui youtube, kau akan mudah faham apa yang tertulis atas nota yang pensyarah kau bagi.
Tips #4 - Cari Masa Sesuai Belajar
Aku tahu, lain orang lain kemampuannya. Tapi percayalah otak kita memang ada masa tertentu untuk mempelajari sesuatu. Aku tahu waktu terbaik untuk belajar. Waktu terbaik untuk aku belajar ialah pada waktu subuh sehingga pukul 10 lebih. Lepas itu dah lambat sikit dah. Kalau malam otak aku tak aktif sangat tapi masih dapat belajar. Aku sarankan kau cari masa yang terbaik untuk belajar. Sebab lain orang lain waktu belajarnya. Macam kawan aku sorang ni, dia belajar tengah malam. Aku memang tak dapat belajar tengah malam. Itu waktu aku tidur. Kalau aku mengantuk memang aku tidur je. Tips yang cuba disampaikan ialah kau kena pandai atur masa untuk belajar. Jangan paksa otak tu. Waktu Asar kalau boleh elakkan daripada belajar. Kawan aku yang dekan bagitahu tak bagus belajar waktu petang lepas Asar. Ilmu susah nak masuk. Memang aku akui kalau belajar waktu-waktu begini memang kepala rasa berat dan kebanyakannya susah nak faham.
Tips #5 - Jangan Skip Chapter (Bab)
Ini mesti banyak orang buat. Aku akui waktu diploma aku suka langkau bab sebab rasa bab itu tak keluar dalam peperiksaan. Bila dalam peperiksaan, keluar pula bab itu. Melopong lah dalam dewan peperiksaan mencari idea nak menggoreng apa. Kalau kau rasa nak skip sekalipun cuma baca dan fahamkan apa yang cuba disampaikan. Tak perlu secara mendalam. Nanti dalam peperiksaan, kalau bab itu keluar tak adalah mati akal nak jawab apa kan.
Tips #6 - Jangan Biarkan Kertas Jawapan Kosong
Kalau kau tak tahu pun jawapannya, cuba sedaya upaya guna common sense. Jangan lupa minta bantuan daripada Allah. Kalau tiada idea, cuba kaitkan dengan semua yang kau belajar ke dalam kertas soalan itu. Macam itulah aku belajar. Aku akan campur adukkan subjek lain ke dalam soalan yang sedang aku jawab. Walaupun subjek berbeza tapi isinya berkaitan. Kalau masih tiada idea juga, keluar ke tandas sebentar. Lepas beberapa ketika, kembali ke tempat duduk. Biasanya idea akan mencurah-curah datang. Mungkin semasa dalam perjalanan ke tandas melancarkan perjalanan darah ke seluruh badan.
Tips #7 - Lebihkan Memahami daripada Menghafal
Selalunya, berlaku last minute sebelum peperiksaan. Contohnya esok nak exam, elakkan aktiviti menghafal. Kalau nak hafal juga, jangan hafal banyak sangat.
Tips #8 - Buat Nota Sendiri
Aku akan cuba buat nota sendiri yang lebih mudah difahami. Aku ringkaskan nota itu seringkas-ringkasnya. Kalau boleh aku nak buat untuk satu bab dalam satu muka surat sahaja. Dengan adanya nota ini, ia membantu aku semasa belajar di saat-saat akhir di luar dewan peperiksaan.
Tips #9 - Makan dan Makan
Aku tahu kalau minggu peperiksaan kau akan stress. Cara nak hilangkan stress adalah kau makan. Ajak kawan pergi makan dan beli stok makanan.
Tips #10 - Solat Hajat, Berdoa dan Bertawakal
Okay, ini semua orang tahu. Jangan hilang kebergantungan kita kepada Allah SWT. Berdoa itu senjata mukmin. Berdoa semasa sujud terakhir solat. Kalau boleh solat hajat pada malam hari lebih afdhal. Jangan lupa untuk minta restu daripada ibu bapa dan pensyarah. Minta mereka doakan kita agar dipermudahkan untuk menjawab soalan peperiksaan akhir.
Sumber daripada : https://amerjaya.blogspot.my/2016/10/tips-cara-untuk-dekan.html
Khamis, 5 April 2018
Langgan:
Catatan (Atom)