Sabtu, 3 Mac 2018

ZAMAN PERSEKOLAHAN


Hi Assalamualaikum. Harini Anis nak cerita pasal zaman persekolahan. Rasa macam dah tua sangat je padahal baru beberapa tahun meninggalkan alam persekolahan. 😁

Anis memulakan zaman persekolahan sejak berumur 5 tahun. Masa tu kami sekeluarga menetap selama 2 tahun di Seremban 2, Negeri Sembilan. Anis sempat bersekolah di sana selama 1 tahun setengah. Kemudian kami berpindah semula ke Senawang memandangkan jarak antara rumah dengan tempat kerja abah agak jauh.

Pada tahun 2005, Anis memasuki alam persekolahan di Tahun 1. Anis bersekolah di Sekolah Kebangsaan Taman Seri Pagi selama 6 tahun. Sepanjang di sekolah rendah itu, Anis tidak mempunyai ramai kawan disebabkan sifat pemalu yang begitu kronik 😩 Prestasi pelajaran Anis semasa di Tahap 1 boleh dikatakan cemerlang. Setiap kali peperiksaan Anis mendapat kedudukan pertama hingga ketiga dan memperoleh Anugerah Penghargaan setiap tahun. Apabila memasuki Tahap 2, prestasi Anis dalam pelajaran sedikit merosot. Sejak itu, Anis perlu pergi ke pusat tuisyen sebagai alternatif lain untuk mendapatkan bimbingan dalam pelajaran selain waktu sekolah. Alhamdulillah, berkat doa ibu abah dan usaha diri sendiri, Anis berjaya mendapat 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

Ni selepas dapat keputusan UPSR.


Selepas itu, Anis melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pagi sehingga Tingkatan 3. Anis telah memohon dan menghadiri temuduga bagi mendapat tempat di sekolah berasrama penuh seperti SBP, MRSM dan Sekolah Agama. Namun rezeki tidak menyebelahi Anis ketika itu. Anis ditempatkan di kelas Elite, Kelas Lavender. Boleh dikatakan pelajar dalam kelas ini separuh daripada bilangan lelaki. Oleh itu, Anis agak rapat dengan kawan-kawan perempuan dan boleh masuk air dengan mereka. Alhamdulillah, Anis memperoleh 8A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) hasil sokongan kuat daripada ibu abah, guru-guru dan kawan-kawan.

Sebahagian kawan-kawan 3 Lavender.

Ni selepas dapat keputusan PMR.

Kemudian, Anis meneruskan pelajaran di Sekolah Menengah Teknik Tuanku Ja'afar, Seremban. Anis ada cuba untuk memohon MRSM dan SBP. Namun, rezeki masih tidak menyebelahi Anis. Di STTJ kos Sains Perakaunan menjadi pilihan Anis, di mana Anis ditempatkan di kelas Perdagangan. Anis sempat menginap di asrama selama 6 bulan. Anis membuat keputusan untuk keluar asrama atas faktor pelajaran merosot dan tidak sesuai dengan keadaan sekeliling. Setelah menjadi "outsider", Anis menghadiri kelas tuisyen bagi membaiki keputusan peperiksaan yang lepas. Alhamdulillah, Anis mendapat keputusan yang agak memberangsangkan. Perkara yang membuatkan Anis teruja adalah subjek Prinsip Perakaunan yang gagal setiap kali ujian akhirnya mendapat Gred A.

Gambar Kelas 4 Perdagangan 1.


Majlis Graduasi Tingkatan 5.

Sis dah grad! 🙌

"If people only knew how hard I’ve worked to gain my mastery, it wouldn’t seem so wonderful at all." – Michelangelo
















Tiada ulasan:

Catat Ulasan