Ahad, 11 Mac 2018

JOM CANTIK ! ;D






Di bawah ini adalah tips penjagaan kulit:-

  • KURANGKAN MEMAKAI PENCUCI MUKA


Orang kata, kena selalu pakai pencuci muka. Benarkah?

Pencuci muka mempunyai bahan kimia yang akan menyebabkan muka anda cepat rosak dan berminyak. Cuba elakkan memakai pencuci muka yang mengawal minyak (oil control) kerana ianya akan menghilangkan minyak secara sementara sahaja. Dan ianya akan menggalakan muka menjadi lebih berminyak. Dua kali sehari sudah cukup.

  • JANGAN CAMPUR PRODUK KECANTIKAN SESUKA HATI
Cara jaga muka ini sangat penting dan perlu diambil perhatian serius. Jangan memakai pelbagai produk kecantikan sesuka hati kerana bimbang kulit muka akan menjadi rosak.


  • SERBUK TEH DAN MADU

Campurkan serbuk teh dan madu. Buat seperti scrub dan juga boleh di sapu pada leher dan lengan. Untuk memudahkan anda melakukan scrubbing, simpan campuran tersebut dalam balang kaca dan simpan dalam peti sejuk.

Ianya untuk menjadikannya lebih tahan lama. Jika disimpan di luar, campuran itu akan bertahan selama 2 minggu. Lakukan setiap hari.


  • WAP PANAS
Ini cara jaga muka yang agak rumit. Wap panas boleh kecutkan pori-pori kulit dan mengurangkan pengeluaran sebum minyak. Caranya ialah dengan menggunakan daun bunga tahi ayam. Gunakan daun bunga tahi ayam yang hijau dan segar. Basuh daun tersebut hingga bersih.

Masukkan daun dalam periuk dengan air berisi separuh penuh dan didihkan. Selepas air mendidih, angkat periuk tadi dan letakkan di atas meja atau lantai (kawasan yang membuatkan anda selesa). Kemudian telunkupkan kepala anda dengan kain atau tuala yang tebal untuk menjalankan proses pengewapan.

Dekatkan periuk yang berasap ke muka anda (anda boleh mengagak jarak anda dari periuk mengikut keselesaan anda) dan biarkan wap itu meresap dalam kulit anda dalam 15-30 minit. Lakukan 2 kali seminggu.

Nota: Air rebusan daun bunga tahi ayam cuma boleh direbus semula sebanyak 2 kali.


  • MASKER BEDAK SEJUK DAN MADU

Ini cara jaga muka secara semulajadi. Campurkan bedak sejuk dan 2 sudu makan madu dan buatkan seperti mask pada wajah. Lakukan selama 30 minit sebelum tidur dan bilaslah dengan air selepas itu. Ianya dapat membuatkan kulit anda sentiasa tegang dan liang roma mula mengecil.


  • MASKER PUTIH TELUR ATAU PATI TIMUN

Ini juga salah satu cara jaga muka secara semulajadi. Kisar pati timun dan buatkan seperti masker pada muka anda dan biarkan sehingga kering. Kemudian bilaslah dengan air. Begitu juga dengan putih telur, buatkan mask pada wajah dan biarkan kering. Kemudian bilas dengan air.


  • TEH HIJAU (GREEN TEA)

Minum teh hijau sekali atau dua kali sehari. Teh hijau bagus untuk pengantioksida yang boleh mengurangkan jerawat.


  • MINYAK SAYURAN
Gunakan minyak sayuran sebagai pelembab wajah.


  • SENAMAN MUKA

Cara jaga muka ini boleh buat orang gelak. Ada yang kata, “Berkesan ke?“. Cubalah dahulu. Selalu menyebut ‘Ma Me Mi Mo Mu’ sebanyak 10 kali supaya dapat menguatkan otot muka dan bibir.


  • KURANGKAN MENYENTUH WAJAH

Ini cara jaga muka yang terakhir. Kita sememangnya tidak dapat lari dari menyentuh wajah apabila gatal atau adanya jerawat. Namun kuman-kuman yang terdapat pada jari kita akan menyebabkan kulit kita terdedah pada bakteria dan menyebabkan kulit naik jerawat atau keradangan.



Kalau hendak juga menyentuh wajah, sila bersihkan tangan anda dengan sanitizer atau air bersih. Gunakan kain apabila hendak memicit jerawat dan bilaslah dengan air biasa berulang kali. Ini kerana kulit muka kita sangat sensitif dengan bakteria dan kuman.


Ahad, 4 Mac 2018

KENANGAN MASA KECIL

Hai!

Assalamualaikum. Hai semua. Kali ini Anis nak cerita tentang peristiwa-peristiwa yang pernah jadi kat Anis dan orang sekeliling masa dulu-dulu. Untuk pengetahuan semua, Anis ni dulu seorang yang penakut. Takut dengan semua benda. Contohnya mesin rumput, vakum, lift, wiper kereta dan sebagainya. Ada beberapa peristiwa yang tak mungkin Anis lupa sampai bila-bila.

Anis ingat lagi ada satu hari tu, ibu upah orang mesin rumput. Umur Anis masa tu sekitar 3 tahun. Bila orang tu on je mesin rumput Anis dah mula menggelabah. Rasa tak tentu arah je hidup ni hahaha. Anis buka kipas sampai tahap maksimum, buka volume tv sekuat-kuatnya, tutup semua pintu dan tingkap. Pada masa tu la Ucu iaitu adik bongsu abah balik dari kerja dan tangannya tersepit kat pintu masa Anis tutup pintu depan rumah tu. Bengkak teruk tau jari dia.


Sabtu, 3 Mac 2018

ZAMAN PERSEKOLAHAN


Hi Assalamualaikum. Harini Anis nak cerita pasal zaman persekolahan. Rasa macam dah tua sangat je padahal baru beberapa tahun meninggalkan alam persekolahan. 😁

Anis memulakan zaman persekolahan sejak berumur 5 tahun. Masa tu kami sekeluarga menetap selama 2 tahun di Seremban 2, Negeri Sembilan. Anis sempat bersekolah di sana selama 1 tahun setengah. Kemudian kami berpindah semula ke Senawang memandangkan jarak antara rumah dengan tempat kerja abah agak jauh.

Pada tahun 2005, Anis memasuki alam persekolahan di Tahun 1. Anis bersekolah di Sekolah Kebangsaan Taman Seri Pagi selama 6 tahun. Sepanjang di sekolah rendah itu, Anis tidak mempunyai ramai kawan disebabkan sifat pemalu yang begitu kronik 😩 Prestasi pelajaran Anis semasa di Tahap 1 boleh dikatakan cemerlang. Setiap kali peperiksaan Anis mendapat kedudukan pertama hingga ketiga dan memperoleh Anugerah Penghargaan setiap tahun. Apabila memasuki Tahap 2, prestasi Anis dalam pelajaran sedikit merosot. Sejak itu, Anis perlu pergi ke pusat tuisyen sebagai alternatif lain untuk mendapatkan bimbingan dalam pelajaran selain waktu sekolah. Alhamdulillah, berkat doa ibu abah dan usaha diri sendiri, Anis berjaya mendapat 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

Ni selepas dapat keputusan UPSR.


Selepas itu, Anis melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pagi sehingga Tingkatan 3. Anis telah memohon dan menghadiri temuduga bagi mendapat tempat di sekolah berasrama penuh seperti SBP, MRSM dan Sekolah Agama. Namun rezeki tidak menyebelahi Anis ketika itu. Anis ditempatkan di kelas Elite, Kelas Lavender. Boleh dikatakan pelajar dalam kelas ini separuh daripada bilangan lelaki. Oleh itu, Anis agak rapat dengan kawan-kawan perempuan dan boleh masuk air dengan mereka. Alhamdulillah, Anis memperoleh 8A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) hasil sokongan kuat daripada ibu abah, guru-guru dan kawan-kawan.

Sebahagian kawan-kawan 3 Lavender.

Ni selepas dapat keputusan PMR.

Kemudian, Anis meneruskan pelajaran di Sekolah Menengah Teknik Tuanku Ja'afar, Seremban. Anis ada cuba untuk memohon MRSM dan SBP. Namun, rezeki masih tidak menyebelahi Anis. Di STTJ kos Sains Perakaunan menjadi pilihan Anis, di mana Anis ditempatkan di kelas Perdagangan. Anis sempat menginap di asrama selama 6 bulan. Anis membuat keputusan untuk keluar asrama atas faktor pelajaran merosot dan tidak sesuai dengan keadaan sekeliling. Setelah menjadi "outsider", Anis menghadiri kelas tuisyen bagi membaiki keputusan peperiksaan yang lepas. Alhamdulillah, Anis mendapat keputusan yang agak memberangsangkan. Perkara yang membuatkan Anis teruja adalah subjek Prinsip Perakaunan yang gagal setiap kali ujian akhirnya mendapat Gred A.

Gambar Kelas 4 Perdagangan 1.


Majlis Graduasi Tingkatan 5.

Sis dah grad! 🙌

"If people only knew how hard I’ve worked to gain my mastery, it wouldn’t seem so wonderful at all." – Michelangelo