Bunga mawar bunga melati, Menebar aroma mewangi; Kuucap salam setulus hati, Assalamualaikum pujaan hati.
Cewah berpantun pulak kita ni 😀
Hai, salam kenal. Nama diberi Khairunnisa binti Noryazed. Boleh panggil Anis atau Nisa atau Khairun atau Niso atau Nica. Haha banyak kan nama samaran. Biasanya famili atau orang yang rapat akan panggil Anis. Mana datangnya nama Anis? Nisa kalau sebut laju-laju jadi la Anis. Kebanyakan kawan-kawan akan guna nama Nisa untuk berinteraksi tapi kita lagi suka orang panggil dengan nama Anis sebab rasa macam rapat gitu. 🙊 Okay sambung. Anis dilahirkan pada 18 Januari 1998 di Hospital Besar Seremban, Negeri Sembilan. Menetap di Senawang, Negeri Sembilan. Keluarga Anis kecil je iaitu terdiri daripada abah, ibu, Anis dan dua orang adik perempuan. Ya, adik beradik anis semua bunga, takde kumbang pun. Nak menyunting bunga di taman? Pikat hati ibu abah dulu.
Satu-satunya hero dalam hidup Anis setakat ni ialah abah Anis. Namanya Noryazed bin Ahmad Jun. Dilahirkan pada 15 Februari 1969. Abah berasal dari Kulai, Johor. Berkerjaya sebagai seorang jurutera teknikal di salah sebuah syarikat swasta di Senawang. Berwajah agak serius tapi sebenarnya sangat baik hati. Sesiapa yang mengenali pasti akan disenanginya.
Permaisuri dalam hidup Anis pula ialah ibu Anis sendiri, Aishah binti Md Amin. Ibu dilahirkan pada 19 September 1974 di Jelebu, Negeri Sembilan. Merupakan seorang surirumah sepenuh masa, menjaga kebajikan kami sekeluarga. Seperti abah, ibu juga sangat disenangi orang ramai dengan perwatakannya yang ramah. Ibu mempunyai banyak kelebihan seperti pandai memasak, menjahit dan melukis. Kami sangat mengagumi bakatnya dan cuba mengikut jejak langkah beliau.
Anis ada dua orang adik perempuan, iaitu Nurul Syaza dan Nazira Husna. Nurul Syaza atau nama timangannya Aja, merupakan anak kedua daripada tiga orang adik beradik. Dilahirkan pada 26 Mac 2001 di Pusat Rawatan Islam, Senawang, Kini beliau berumur 17 tahun dan bakal menduduki SPM. Aja bersekolah di Sekolah Menengah Sains Rembau. Beliau sangat aktif di sekolah dari segi akademik, sukan dan kokurikulum. Antaranya, Aja sering mewakili sekolah dalam Pertandingan Perbahasan dan Pertandingan Seni Tulisan Khat. Walau bagaimanapun, beliau dapat menguruskan masa belajar dengan sangat baik. Hasilnya, beliau mendapat 10A dalam PT3.
Nazira Husna pula adik Anis yang bongsu. Kami sekeluarga menggelarkannya Adik, memandangkan beliau paling muda dalam keluarga. Adik dilahirkan pada 22 Januari 2004 di Hospital Besar Seremban. Kini beliau berumur 14 tahun dan bersekolah di Sekolah Sains Perempuan, Seremban. Adik juga seorang yang lincah. Dapat menyeimbangkan akademik dan sukan. Buktinya, Adik merupakan salah seorang yang mendapat 6A dalam UPSR pada tahun 2016. Bagi sesiapa yang tidak tahu, tahun tersebut merupakan tahun yang agak mencabar bagi guru-guru dan para murid kerana silibus dan UPSR dijalankan lain daripada tahun-tahun sebelumnya.
Sekian sahaja untuk entri kali ini.